Sekolah Rendah Islam Al-Islah SRAI Kulim
"7 TAHUN KAMI MASIH TIADA TEMPAT BELAJAR SENDIRI"
Sehingga kini kami masih menyewa di premis kedai.
Ruang yang ada inilah kami jadikan kelas, bilik guru, surau dan ruang aktiviti kami.
Sekolah Rendah Islam Al-Islah (SRAI) Kulim merupakan antara sekolah rendah Islam yang baharu ditubuhkan di daerah Kulim - Bandar Baharu, Kedah pada tahun Disember 2015.
Ia adalah sebuah sekolah rendah agama yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Kedah dengan nombor pendaftarannya: Ruj. JAIK 04/2017 yang telah diluluskan pada 15 Februari 2017.
Kisah Terkini Disebalik Kehebatan SRAI Kulim Ini
SRAI Kulim juga adalah sekolah rangkaian MUSLEH yang mengaplikasikan sistem pendidikan alternatif bersepadu yang mengintegrasikan pendidikan Akademik (seperti di sekolah kebangsaan biasa) dengan Pendidikan Islam (Diniyah).
SRAI telah lama beroperasi sejak sesi persekolahan Januari 2016 dengan menyewa sebuah kedai di Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama. Alhamdulillah sambutan kemasukan pelajar sangat memberangsangkan.
Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) terpaksa menyewa 6 lot premis kedai 2 tingkat bagi menampung keperluan 12 kelas, 1 makmal kumputer, 1 perpustakaan, ruang pejabat, bilik guru, pejabat guru besar dan penolong kanan, sebuah dewan makan dan dewan solat.
Namun begitu, lot premis yang kami sewa ini tidak mampu untuk menampung jumlah bilangan kemasukan pelajar yang bertambah asbab setiap ruang di dalam premis tersebut terhad.
Untuk permulaan, SRAI telah beroperasi dengan 2 bilik darjah untuk murid Tahun Satu dengan jumlah murid pada ketika itu seramai 58 orang.
Pada tahun 2020, ia terus berkembang dan mempunyai 10 kelas untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 dengan seramai 281 murid serta tenaga pengajar seramai 24 orang, diketuai seorang guru besar dan dibantu dua orang kakitangan sokongan.
Pada ketika ini, 2023, SRAI telah mula menampung murid seramai 336 orang dengan 30 guru, 3 staf.
Kecenderungan serta minat masyarakat setempat di daerah Kulim terhadap sistem pendidikan integrasi ini menyaksikan SRAI terus menjadi pilihan para ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mereka.
Dengan permintaan yang semakin bertambah maka keperluan bagi membina bangunan sekolah di tapak kekal kini menjadi suatu keutamaan.
Bantuan Dana Pembinaan Bangunan Sekolah
Baki Anggaran Kos Yang Diperlukan RM 4.3 Juta daripada 7 juta yang diperlukan.
Dijangka akan mula proses pembinaan pada Januari 2024.
“Dan barangsiapa yang melapangkan urusan seorang Muslim dari kesusahan, maka Allah akan melapangkan kesusahannya di hari akhirat kelak.”
-Hadith Riwayat Muslim-
Pelan sekolah
Sekiranya tuan/puan sudi salurkan sumbangan boleh melalui no akaun bank di bawah:
Bank: Bank Islam
Nama: SEKOLAH RENDAH ISLAH AL ISLAH KULIM
No.akaun: 2057010055424
Letakkan reference "Dana SRAI" untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.
Ayuhlah bantu kami seikhlas hati supaya sekolah ini dapat beroperasi dengan lancar dan pelajar dapat terus menuntut ilmu di sini.
Insya-Allah, boleh jadi dengan asbab infaq yang dihulurkan, setiap amal pelajar-pelajar di sini seperti membaca, menghafaz Al-Quran serta ilmu bermanfaat yang disebarkan kepada masyarakat, pahalanya juga turut mengalir buat Tuan Puan.
Bukan hari ini sahaja malah
SELAMA-LAMANYA !