Mulakan Hari dengan Sedekah Subuh

Penting untuk kita tahu betapa besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi hari.
Adakah anda berhadapan dengan situasi sebegini?
✅ Perlu menyiapkan tugasan dan 'deadline' sudah hampir
✅ Perlu menghadiri temuduga bekerja
✅ Perlu bekerja keras setiap hari demi keluarga
✅ Memerlukan ketenangan hati
Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.
JOM KENALI KAMI
Sedikit Pengenalan
Sekolah Rendah Islam Al-Islah (SRAI) Kulim
SRAI Kulim merupakan antara sekolah rendah Islam yang baharu ditubuhkan di daerah Kulim - Bandar Baharu, Kedah pada tahun Disember 2015.
Sekolah ini adalah sekolah rangkaian MUSLEH yang mengaplikasikan sistem pendidikan alternatif bersepadu yang mengintegrasikan pendidikan Akademik (seperti di sekolah kebangsaan biasa) dengan Pendidikan Islam (Diniyah).
SRAI telah lama beroperasi sejak sesi persekolahan Januari 2016 dengan menyewa sebuah kedai di Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama.
Alhamdulillah sambutan kemasukan pelajar sangat memberangsangkan.
Sekolah ini kemudiannya telah didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Kedah dengan nombor pendaftarannya: Ruj. JAIK 04/2017 yang telah diluluskan pada 15 Februari 2017.
Lokasi SRAI Kulim di Google Map
"7 TAHUN KAMI MASIH TIADA TEMPAT BELAJAR SENDIRI"
Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) terpaksa menyewa 6 lot premis kedai 2 tingkat bagi menampung keperluan:
>> 12 kelas
>> 1 makmal kumputer
>> 1 perpustakaan
>> ruang pejabat
>> bilik guru
>> pejabat guru besar
>> pejabat penolong kanan,
>> dewan makan
>> dewan solat
Namun begitu, lot premis yang kami sewa ini masih tidak mampu untuk menampung jumlah bilangan kemasukan pelajar yang bertambah asbab setiap ruang di dalam premis tersebut terhad.
Untuk permulaan, SRAI telah beroperasi dengan 2 bilik darjah untuk murid Tahun Satu dengan jumlah murid pada ketika itu seramai 58 orang.
Pada tahun 2020, ia terus berkembang dan mempunyai 10 kelas untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 dengan seramai 281 murid serta tenaga pengajar seramai 24 orang, diketuai seorang guru besar dan dibantu dua orang kakitangan sokongan.
Pada ketika ini, 2023 , SRAI telah mula menampung murid seramai 336 orang dengan 30 guru, 3 staf.
Kecenderungan serta minat masyarakat setempat di daerah Kulim terhadap sistem pendidikan integrasi ini menyaksikan SRAI terus menjadi pilihan para ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mereka.
Dengan permintaan yang semakin bertambah maka keperluan bagi membina bangunan sekolah di tapak kekal kini menjadi suatu keutamaan.
BANTUAN DANA PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH
Lakaran awal cadangan bangunan baru SRAI Kulim.
Baki Anggaran Kos Yang Diperlukan:
RM 4.3 Juta daripada RM 7 juta yang diperlukan
Kami jangkakan akan mula proses pembinaan pada tahun ini.
Ayuhlah bantu kami seikhlas hati supaya sekolah ini dapat beroperasi dengan lancar dan pelajar dapat terus menuntut ilmu di sini.
Insya-Allah, boleh jadi dengan asbab infaq yang dihulurkan, setiap amal pelajar-pelajar di sini seperti membaca, menghafaz Al-Quran serta ilmu bermanfaat yang disebarkan kepada masyarakat, pahalanya juga turut mengalir buat Tuan Puan .
WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH ADALAH SEKARANG.
Selain dapat membantu masyarakat yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi.
Baca doa ini ketika anda menyumbang:
“Ya Allah… dengan rahmat dan kasih sayangMu, melalui sumbangan ini, engkau permudahkanlah urusanku (sebut urusan anda) pada hari ini…”
Amin ya Rabbal ‘Alamin
JOM TERUSKAN KE BAWAH UNTUK MENYUMBANG!